Bil.
|
PERATURAN IHL
|
AJARAN ISLAM
|
1
|
Berlawan hanya dengan orang bersenjata
lain, jangan menyerang orang awam atau objek awam.
|
((
وقاتلوا في سبيل الله الذين يقاتلونكم ولا تعتدوا إن الله لا يحب المعتدين ))
(البقرة:190)
Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang Yang menceroboh.
(( ولقد كرّمنا بني آدم وحملناهم
في البر والبحر )) (الإسراء : 70)
Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di
darat dan di laut ...... .
|
2
|
Bila melibatkan
objektif ketenteraan, pastikan kerosakan kolateral tidak melebihi jangkaan
faedah ketenteraan.
|
((
وإذا تولى سعى في الأرض ليفسد فيها ويهلك الحرث والنسل والله لا يحب الفساد ))
(البقرة:205)
Maksudnya: Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya),
berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan
tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah
tidak suka kepada bencana kerosakan.
|
3
|
Apabila
melibatkan objektif ketenteraan, ambil tindakan pencegahan yang munasabah
untuk meminimumkan kerosakan kolateral.
|
((
ولا تفسدوا في الأرض بعد إصلاحها )) (الأعراف: 56)
Maksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya……
وصية أبو بكر الصديق: لا
تقتلوا شيخا فانيا، ولا طفلا صغيرا ولا امرأة، ولا تقطعوا نخلا، ولا تحرقوه،
ولا تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة ولا بقرة ولا بعيرا إلا لمأكله.
Ertinya: Wasiat Abu Bakar Assiddiq: “ Jangan kamu membunuh orang tua,
kanak-kanak kecil, dan wanita, dan jangan kamu memotong dan juga membakar
pokok kurma, jangan memotong pokok yang berbuah dan jangan kamu menyembelih
kambing biri-biri, lembu dan binatang ternakan kecuali untuk dilakannya.
|
4
|
Jangan menggunakan senjata haram atau
terlibat dalam kaedah yang menyalahi undang-undang peperangan.
|
((
ومن قتل مظلوما فقد جعلنا لوليه سلطانا فلا يسرف في القتل إنه كان منصورا
)) (الإسراء: 33)
Maksudnya: Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya
kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu,
janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya
ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
|
5
|
Kumpul dan beri
perhatian ke atas orang cedera dan mati, sama ada rakan atau musuh.
|
إذا
هزمتموهم فلا تقتلوا مدبرا، ولا تجهزوا على جريح، ولا تكشفوا عورة، ولا تمثلوا
بقتيل، ولا تهتكوا سترا.. (الإمام علي بن أبي طالب)
Kata
Imam Ali: “ Sekiranya kamu mengalahkan mereka maka jangan membunuh mereka
yang di tertinggal di belakang, Jangan mengkasari orang yang cedera, jangan
mendedahkan aurat mereka, jangan kamu mengapa-apakan mayat dengan melakukan
perkara-perkara yang melampaui kehormatan mayat, dan jangan memotong dan
mengoyaknya.
|
6
|
Menghormati dan
melindungi kakitangan perubatan dan objek termasuk orang yang membawa
Palang Merah/Bulan Sabit Merah/Red Crystal dan simbol lain dari
agensi kemanusiaan.
|
دخل علي بن
أبي طالب البصرة بعد موقعة الجمل بثلاثة أيام، وكانت عائشة أم المؤمنين تنزل
في دار عبد الله بن خلف الخزاعي وكانت أعظم دار في البصرة، وكان علي يعلم أن
في حجرات الدار الكثيرة عدد كبير من الجرحى من الذين اشتركوا في قتاله في
موقعة الجمل. آوتهم عائشة وأمرت بتمريضهم.
ورغم علم
علي بوجودهم إلا أنه ذهب لزيارة عائشة هو وأصحابه وانصرف وكأنه لا يعلم شيئا.
(كتاب
الفتنة الكبرى – طه حسين)
Ertinya: Ketika Saidina Ali
masuk Bandar Basrah selepas tiga hari peperangan al-jamal, ketika itu
Aisyah Ummul Mukminin berada di rumah Abdullah bin Khalaf al-Khuzaai
anatara rumah yang terbesar di Basrah, di mana Ali tahu bahawa rumah
tersebut yang mempunyai banyak bilik itu ada ramai orang-orang yang cedera
dari kalangan orang-orang yang mengambil bahagian dalam peperangan al-Jamal
menentangnya, mereka itu semua telah di tempatkan oleh Aisyah dan memberi
arahan supaya mereka diberi rawatan, walaupun Ali tahu kewujudan mereka di
situ, tetapi beliau dan pengikut-pengikutnya pergi hanya untuk menziarahi
Aisyah, seolah-olah beliau tidah tahu sesuatu pun yang sedang berlaku di
situ.
|
7
|
Melayan semua orang dengan
berperikamanusiaan dan menghormati hak-hak mereka. Jangan memudaratkan
orang-orang yang menyerah diri , ditahan atau selainnya di bawah kawalan
anda.
|
((فإذا
لقيتم الذين كفروا فضرب الرقاب حتى إذا أثخنتموهم فشدوا الوثاق فإما منا بعد
وإما فداء حتى تضع الحرب أوزارها)) (محمد: 4)
Maksudnya:
Dengan Yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir
(dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu
dapat membunuh mereka Dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah
(mana-mana Yang hidup) dan ikatlah mereka Dengan kukuhnya. setelah selesai
pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi
kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu Dengan tiada sebarang penebusnya)
atau membebaskan mereka Dengan mengambil penebusnya.
(( ويطعمون الطعام على حبّه
مسكينا ويتيما وأسيرا )) (الإنسان: 8)
Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan Yang
dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang
tawanan,
الحديث
الشريف: "إن الله كتب الإحسان على كل شيء فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة،
وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة" (سنن الترمذي)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu
mewajibkan berbuat baik kepada semua benda, maka kalau kamu membunuh maka
hendaklah kamu perelokkan pembunuhan itu, dan sekiranya kamu menyembelih
maka perelokkanlah sembelihan kamu itu.
|
8
|
Jangan mengambil
tebusan atau menggunakan perisai manusia.
|
((
وقاتلوا في سبيل الله الذين يقاتلونكم ولا تعتدوا إن الله لا يحب المعتدين ))
(البقرة:190)
Maksudnya: Dan
perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan
orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang Yang menceroboh.
(( ولقد كرّمنا بني آدم وحملناهم في البر والبحر ))
(الإسراء: 70)
Maksudnya: Dan
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut ...... .
|
9
|
Jangan mengambil
tebusan atau menggunakan perisai manusia.
|
وصية أبو
بكر الصديق:
لا تقتلوا
شيخا فانيا، ولا طفلا صغيرا ولا امرأة، ولا تقطعوا نخلا، ولا تحرقوه، ولا
تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة ولا بقرة ولا بعيرا إلا لمأكله
Maksudnya: Wasiat Abu Bakar Assiddiq:
“
Jangan kamu membunuh orang tua, kanak-kanak kecil, dan wanita, dan jangan
kamu memotong dan juga membakar pokok kurma, jangan memotong pokok yang
berbuah dan jangan kamu menyembelih kambing biri-biri, lembu dan binatang
ternakan kecuali untuk dilakannya”
|
10
|
Menghormati harta benda orang awam. Jangan
merompak atau mencuri.
|
((
والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما جزاء بما كسبا نكالاً من الله ))
(المائدة:38 )
Maksudnya: Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan
Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah.
(( يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ
يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئاً وَلا يَسْرِقْنَ
وَلا يَزْنِينَ وَلا يَقْتُلْنَ أَوْلادَهُنَّ )) ( الممتحنة:
12)
Maksudnya:Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman
datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak
akan melakukan syirik kepada Allah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak
akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh
anak-anaknya ....
|
11
|
Menghormati wanita. Jangan melakukan atau
membenarkan perbuatan rogol atau penderaan seksual terhadap sesiapa.
|
((
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ
كَرْهاً وَلا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلا
أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ))
(النساء:
19)
Maksudnya:Wahai orang-orang Yang
beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan Dengan jalan
paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan
menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa
Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji Yang nyata.
وصية أبو
بكر الصديق:
لا تقتلوا
شيخا فانيا، ولا طفلا صغيرا ولا امرأة، ولا تقطعوا نخلا، ولا تحرقوه، ولا
تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة ولا بقرة ولا بعيرا إلا لمأكله
Ertinya: Wasiat Abu
Bakar Assiddiq: “ Jangan kamu membunuh orang tua, kanak-kanak kecil, dan
wanita, dan jangan kamu memotong dan juga membakar pokok kurma, jangan
memotong pokok yang berbuah dan jangan kamu menyembelih kambing biri-biri,
lembu dan binatang
|
12
|
Pastikan kanak-kanak mendapat bantuan dan
layanan yang mereka perlukan. Jangan sekali-kali menggunakan
kanak-kanak bagi tujuan ketenteraan.
|
((
وقاتلوا في سبيل الله الذين يقاتلونكم ولا تعتدوا إن الله لا يحب المعتدين ))
(البقرة:190)
Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang Yang menceroboh.
(( ومالكم لا تقاتلون في سبيل الله والمستضعفين من الرجال
والنساء والولدان )) (النساء: 75)
Maksudnya: Dan apakah Yang menghalang kamu (maka kamu) tidak
mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk
menyelamatkan) orang-orang Yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan
kanak-kanak,
|
13
|
Membenarkan dan
memudahkan pelepasan kemanusiaan yang saksama bagi orang awam yang
memerlukan.
|
وصية أبو
بكر الصديق:
لا تقتلوا
شيخا فانيا، ولا طفلا صغيرا ولا امرأة، ولا تقطعوا نخلا، ولا تحرقوه، ولا
تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة ولا بقرة ولا بعيرا إلا لمأكله
Ertinya: Wasiat Abu
Bakar Assiddiq: “ Jangan kamu membunuh orang tua, kanak-kanak kecil, dan
wanita, dan jangan kamu memotong dan juga membakar pokok kurma, jangan
memotong pokok yang berbuah dan jangan kamu menyembelih kambing biri-biri,
lembu dan binatang ternakan kecuali untuk dilakannya.
|
14
|
Mengelak dari
perbuatan membalas dendam terhadap orang awam.
|
((
وجزاء سيئة سيئة مثلها فمن عفا وأصلح فأجره على الله إنه لا يحب الظالمين
)) (الشورى: 40)
Maksudnya:
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah
kejahatan Yang bersamaan dengannya; Dalam pada itu sesiapa Yang memaafkan
(kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin
oleh Allah (dengan diberi balasan Yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang Yang berlaku zalim.
(( فاعفوا واصفحوا ))
(البقرة: 109)
Maksudnya: Oleh itu, maafkanlah
dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka)
|
15
|
Mengambil
langkah-langkah bagi mencegah pelanggaran undang-undang dari orang
bersenjata di bawah kawalan anda , dan jika ia berlaku, sila ambil
langkah-langkah yang sesuai untuk menyiasat dan menghukum.
|
((
يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن
قوم ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى واتقوا الله إن الله خبير بما
تعملون )) (المائدة:8)
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan
mendalam akan apa Yang kamu lakukan.
|
Well done
BalasHapusThanks, your contribution please....
BalasHapusHello, Very interesting, thanks.
BalasHapusI wonder if you can enrich this category of "rules of engagement" with the debate about the list of legitimate targets of Jihad. I am thinking of the book published by Khairul Ghazali and its answer by Aman Abdurrahman "Ya mereka memang taghut".
Dear friend, thank for the input. I will try my best to add it.
BalasHapus